May 4, 2012

UPDATE NORMAL: PERKAHWINAN DENA (3 GAMBAR)

Sejak aku rasa macam aku tak update secara normal asyik benda tak berfaedah seperti dada Fahrin Ahmad, aku rasa aku takda ruang nak update gaya gadis-gadis shawl. Kira korang kasi peluang ke tak sebenarnya? Kasi lah aku chan, kasi lah aku peluang. 

Tadi sebenarnya aku nak update pasal surat cinta, terlajak aku upload gambar yang kamu tidak akan jumpa di dalam album NUR DIANAH & SOFFIAN ARIFF di Facebook aku. 

Gambar macam ni tidak harus up di pesbuk, takkan dapat sebarang LIKE, jadi harusla up di blog sendiri.

#BEBIGELS

Dena bebi.

Lanjut pasal wedding Dena:

Jadi sedikit sebanyak entry asal yang aku nak tulis.

"Every letter I've ever written to you has been a love letter. How could the have been anything else? I can see now that all of them, except this one, were bad love letters. Bad love letters beg for love back. Good love letter ask for nothing. This, I'm pleased to announce, is the first good love letter to you, because there is nothing more for you to do. You've already done everything. I have enough of you in my head to last forever. " - Waiting For Forever (2010)


April 28, 2012

TERLALU BANYAK UNTUK DICERNA

Aku banyak bermimpi yang terkekal di minda. Makin aku jauh dengan Tuhan, makin twisted mimpi aku. Hipotesis sendiri. Pernah satu kali ini aku bermimpi tentang kisah percintaan fiksyen yang dibatasi jarak dan berlatarkan zaman dahulu. Peh macam novel. Sekembalinya aku ke dunia, aku terus catit mimpi tu. Mana tahu boleh tukar bentuk ke dalam puisi atau cerpen, ada sikit modal nak tulis Tumblr ye dak. Hehe.

Las-las aku tukar jadi bentuk lagu bertajuk Cinta Yang Susah. Namun disebabkan banyak sangat ayat cinta yang jadi klise habis, maka aku putus asa dan bentuknya tak jadi macam lagu lansung!

Beberapa bulan kemudian aku tonton sabuah filem Indonesia


Terima kasih Hanny R. Saputra, mimpi aku telah terbentuk kepada sebuah filem! Hahaha. Mimpi aku tidak exactly, tapi bentuk cinta yang susah, terjarak oleh jarak(yang jauh gila), berlaku pada zaman 20-an; terpapar jelas dalam filem ini semasa hero berada di Kaabah, heroin berada di Medan. Peh jauh. Takleh naik kapal terbang. 6 bulan perjalanan kapal beb. 

Perasaan heroin filem ini sama terlayar dengan perasaan heroin aku dalam mimpi. Beza dia heroin filem ini Indonesian, heroin mimpi aku Chinese. Cuma aku ada masalah dengan dua cerita Hanny R. Saputra ni pasal beliau suka buat hero lontar ayat yang terlalu bermakna dan melambak sebelum mati. Filem beliau satu lagi Love Story (Irwansyah & Acha Septriasa). Hero lambat mati mengganggu jiwa aku. Kalau nak mati, mati sajalah, jangan lah seksa heroin dengan ceramah cinta. Ekekekeke gua gurau.

Pasal dalam filem Waiting For Forever (2010) takda banyak cakap, storyline klise, senang citer filem yang hambar untuk gadis-gadis shawl, tapi buat aku takleh lupa seminggu dan asyik bercakap dengan bantal aku ala-ala kolumnis hiburan sambil review filem tersebut.

"How often you see her?"

"Not much. I'm just being around her. That's plenty."



April 12, 2012

AKU ORANG KI-IL

Jika kau rasa hidup kau hebat kerana kau into sesuatu perkara, kau mungkin hebat. Tapi kau terlupa melihat perkara lain dari sudut pandangan yang berbeza. Itu masalahnya.

 Sebagai contoh, AKU, AHMAD KAMSANI ADALAH SEORANG PENAREK BECA YANG PALING HEBAT. Jadi penarek beca ini mungkin terlupa menjadi seorang PEMBANCUH AIR juga boleh memiliki kualiti kehebatan yang sama tetapi berlainan bidang.

 Jadi, untuk judge kehidupan orang lain berdasarkan aktiviti-aktiviti yang mereka lakukan yang tidak sama dengan apa yang kau lakukan, itu MENZALIMI. 

Sebagai contoh, Si A kata hidup aku sekarang tak best sebab kurang pergi gig/concerts, padahal aku bizi mengusahakan tanaman jagung aku di Kampung Sri Gading. Si A tidak tahu apa-apa pasal aku! Si A memandang aku LOSER "Kau loser okay tak pergi gig/concerts! Orang KI-IL harus pergi gig/concerts baru KI-IL!"

Jadi sememangnya hasrat semua insan penggemar muzik pasti ingin melihat artis kesayangan mereka secara LIVE termasuk aku. Kalau aku pergi dan ketika itulah tanaman jagung aku perlu dicantas atau diracun untuk elak serangga macam mana? Siapa nak jaga semua tanaman- tanaman jagung tu?

Ternyata Si A tidak tahu kalau aku berjaya dengan tanaman jagung aku, mungkin aku boleh biaya dia pergi concerts lepas ni? Keh Keh 

Tidak semua benda kita inginkan, itu perlu. Tak semua band kalau LIVE dia best <----ayat mengisi kedukaan tak pergi banyak gila show

Tempoh hari aku pergi Krashout 2011, Alesana main biasa-biasa saja (pendapat peribadi, jangan perbesarkan). Balik-balik je aku tak dengar Alesana dua tiga minggu. Padahal aku punya lah minat Alesana.


Macam ni lah perasaan dia masa Alesana pefom: Krashout 2011

 Ke aku rasa tak bes sebab masa tu aku on menstrual cycle ke camne? Kakaka. Okay la malas ah tetulis dah aku nak pergi cek tanaman jagung aku. Korang nak sikit ke buat rebus ke ape?


March 25, 2012

MENTALITI TERTETAP

Mentaliti dan pemikiran, adakah perkara yang sama?
Perbincangan kerusi urut, TESL VS Mass Comm.

Menetapkan Tesel adalah lebih baik daripada Meskom, vice versa, adalah terlalu spesifik padahal kedua-dua program mempunyai variasi takhluk pandangan daripada setiap individu.

"Meskom adalah lebih baik daripada Tesel kerana belajar bahasa yang kita telah tahu (inggeris) tidak memberi sebarang advance, melainkan belajar berkomunikasi, adalah vital di dalam menempuhi dunia pekerjaan yang peri mencabar ini."

Si Tesel menjawab,
"Padahal belajar ilmu lebih spesifik tentang sesuatu bahasa itu memberikan kelebihan kepada si penguasa bahasa, belajar ilmu tambahan yang tidak orang lain jeling malah terbau,"

Sementara aku nak petik ayat yang Dr Ismail ungkap dalam kelas Linguistik yang dia petik dalam buku teks, berabadlah entry ni tertangguh. Ayat beliau lebih kurang: Komunikasi dan bahasa tidak jauh akarnya, dua-dua saling terkait rapat.

Orang bahasa mencari bahasa, orang komunikasi perihal komunikasi, cetek dicedok tanpa hujung pangkalnya.

Kuasai bahasa, terkuasa komunikasi.

Berkerat lidah, berjuling mata,
undur dilipat, konversasi dikuasa

Aku orang muda, dunia tidak baca, walaupun ke kalimah ini.

Melle Amir,
Sri Hartamas - Gombak,
2:00 a.m. 2011

March 16, 2012

THE KIND OF ENTRY I NEVER DID






AkuJualShol & Aidhshop
www.aidhshop.com
www.emancipationofhope.blogspot.com

February 8, 2012

ENTRY PENDEK BERBIDIO

Aku cabar budak-budak shawl tak mute bidio aku. Siapa tak mute dia terel.
Aku cabar jejans (plural untuk jantan) tengok bidio aku sampai habis. Sampai khatam!
Balik rumah prektis tunjuk kat awek suruh awek pakai cenggini! Kahkahkah



January 26, 2012

TEMBAKAN EDAST BERDAS-DAS


Aku sudah lama campak blog ini ke dalam tong sampah, follower-follower juga sudah lari ke Afrika Selatan and I never did a giveaway entry until this morning when I received this,


Awesome butik is awesome. Apabila mendapat email ini di handheld, terus ku redah saja laptop di sisi, mengabaikan sesi menonton filem Crazy Stupid Love yang baru saja download kerana tidak tertahankan giveaway yang diberikan Butik Edast untuk contest kepada semua blogger-blogger yang masih hidup di dunia yang penuh pancaroba ini.

Jika dipilih sebagai 5 pemenang, anda akan dapat;
2 HELAI SELENDANG
2 HELAI ANAK TUDUNG
SEHELAI TUDUNG 4 SEGI
1 HEADBAND
SEPASANG PIN TUDUNG
RANTAI 


Bestnyaaa bestnyaaa bestnyaaaaaaaa. Meroyan sekejap. Mana lagi kamu hendak dapat produk-produk yang berkualiti dan menjanjikan syurga dunia kepada pemakainya selain daripada Butik Edast yang websitenya mudah dan interfacenya lagi best daripada blog-blog MLM? Wohaho!

Aku bukanlah cakap ayat mengampu wahai pembaca Melle Abadi kerana aku adalah pelanggan Butik Edast dan aku pernah merasai syurga dunia yang dijanjikan. Because when you wear something comfortable you feel like you are wearing heaven's (?) LOL.


Lihat, terpaksa aku jadi model dan dahlah Photoscape aku asyik tersekat-sekat semasa edit gambar ini. Asalkan kamu tahu bagaimana syurga dunia yang aku janjikan. Syurga dunia aku adalah Neck Covered Inner (Black) dan semasa aku beli berharga RM23 dan lebih labuh daripada inner RM5 yang kamu beli di Jalan TAR. Kelabuhan syurga dunia ini boleh menutup leher/dada dan Insyaallah boleh menjamin syurga akhirat.

Berhentilah melayari 9gag/Reddit dan hempaskanlah henfonmu itu ke lantai daripada tweeting sebentar. Mark Zuckerberg pun tidak marah kamu jika kamu terlambat lima saat untuk LIKE status kawan kamu Ahmad Faisal yang baru saja habis makan Mee Kari. Mari kita join contest ini sekejap dan rebutlah peluang ini sebelum nyawa kamu dihabisi. Akhir kata kalau berminat boleh kelik banner di sisi dan dengan ucapan I LOVE YOU FOREVER EDAST. MEMUAH. LEF SATU <3

November 20, 2011

SENANDUNG CINTAKU BUATMU


Lagu ini gua tujukan khas untuk penge-K sekalian, penulis "K" sahaja di ruangan mengomen status, mahupun mereply mention di Twitter, ataupun membuat tithandel dengan "K" seperti @apis_K dengan ucapan; K.

Crossfaith - K

Lagu ini gua tujukan khas untuk mamat-mamat Indonesia UIA yang jeling-jeling manja kat gua, dengan ucapan, Selamat Siang Mas.

ABR - Indonesia

Lagu ini gua tujukan khas untuk minah yang banyak cakap tapi volume tu kuat semacam, macam nak tolong aku buat announcement kelas Linguistic Dr Ismail batal harini,

Panic At The Disco  - There's A Good Reason These Table Are Numbered Honey, You Just Haven't Thougt Of It Yet

Lagu ini setelah aku tujukan pernah sekali di Facebook, sekali lagi gua tujukan khas kepada para peng-MLM,

Lily Allen - Fuck You

Dua lagu ini aku tujukan kepada manusia bimbo ataupun sukar memahami, atau sering keliru, ataupun masih terlupa nama sendiri hingga hari ini,

Arctic Monkeys - Diamonds Are Forever
BMTH - Diamonds Aren't Forever

Seterusnya saya putarkan lagu ini khas kepada pemilik kedai dobi yang sedang giat menghilangkan kesan air kencing pada comforter pelanggan dan juga kepada makcik cleaner yang sedang sibuk menyapu bilik yang tiba-tiba terdapat partikel debu halus ternampak disinar suria,

Bittersweet - Dirty Laundry
Blue October - Dirt Room

Dan akhir sekali gua dah tak tahan dan keluh kesah angkara beberapa siri penyakit. Dr Sulaiman, i need you

Eminem  - I Need A Doctor

K Dr sulaiman? Nanti gua tepon kasi satu appointment untuk gua. Chow. K.